Termasuk dalam subscription
- Sehingga 40 halaman, termasuk e-commerce.
- Setup Google Business Profile percuma untuk satu lokasi bisnes yang layak, termasuk maklumat bisnes, kategori, servis, gambar, pautan website, QR review dan bantuan pengesahan. Anda sediakan bahan dan bukti pengesahan; profil kekal milik anda.
- 15 pusingan revision awal dan empat pusingan kemas kini/revision setiap bulan subscription.
- Maintenance dan backup mingguan; backup disimpan sehingga setahun semasa kontrak aktif.
- Sokongan melalui semua channel kami, termasuk email, WhatsApp dan media sosial.
- Shared hosting diurus Maverick. Semua kemas kini kandungan melalui kami; tiada akses CMS atau server.
- Tempoh siap bergantung pada bahan, revision dan kelulusan anda; tiada deadline tetap.
Bayaran dan pengaktifan
Bayaran awal RM385 merangkumi bulan pertama RM250 dan pendaftaran domain .my atau .com.my selama setahun pada RM135. Bayaran bulan pertama bukan deposit. Kontrak 12 bulan bermula apabila domain diaktifkan; bayaran RM250 seterusnya sebulan selepas itu. Pembaharuan domain tanggungjawab anda. Tiada SST.
Kad kredit sahaja, dengan bayaran bulanan berulang. Anda perlu tandatangan agreement English dan service order yang lengkap secara elektronik sebelum checkout.
Penggantungan, pembaharuan dan pemilikan
Semasa kontrak minimum, tunggakan satu bulan kalendar boleh menyebabkan website digantung selepas notis; yuran terus berjalan. Reconnection RM50 berserta tunggakan. Fail disimpan sepanjang kontrak dan 30 hari selepas penamatan.
Selepas 12 bulan, sambung bulanan pada RM250. Jika tidak memperbaharui atau membayar, website ditutup pada akhir tempoh berbayar dan caj berulang seterusnya dihentikan.
Subscription tidak memindahkan pemilikan website. Pada akhir kontrak minimum, beli mana-mana pakej website yang ditawarkan ketika itu dengan diskaun 40% untuk memiliki website. Fail akhir dihantar atas permintaan selepas bayaran pembelian penuh, walaupun website offline. Domain dan kandungan yang anda bekalkan kekal milik anda.
Semak agreement
Isi maklumat, semak jumlah akhir, kemudian tandatangan agreement English secara elektronik sebelum langkah pembayaran. Bayaran kad belum tersedia; tiada bayaran dikutip sehingga checkout tersedia.
Bincang subscription anda